Saturday, March 6, 2010

Raja Burung Serindit Kg Leban Chondong Rompin





Baru-baru ini saya telah pergi ke Kampung Leban Chondong di Rompin Pahang. Di sana saya telah sempat menemubual Raja Burung Serindit Rompin yang bernama En Razali. En Razali mempunyai seekor denak burung serindit yang gagah dan berdada merah. Menurut beliau denak serinditnya itu telah bersama-sama beliau selama 9 tahun dan dengan bunyinya yang nyaring boleh membuatkan serindit -serindit yang lain menghampirinya. Sejak 9 tahun lepas En Razali berjaya menangkap sekurang-kurangnya 100 ekor burung serindit.