Monday, June 22, 2009

Perbezaan Jantina bagi Burung Puling (Tanau)




Burung Tanau, atau lebih dikenali sebagai burung Puling, di negeri-negeri tertentu seperti Pahang. Untuk mengetahui Perbezaan jantina antara Jantan dan Betina bagi burung ini adalah senang, namun ianya hendaklah apabila ianya matang ketika berumur dua tahun keatas. Bagi Tanau Jantan ianya mempunyai bulu kepala yang berwarna biru dan paruh yang merah. Tanau Betina pula mempunyai bulu kepala cokelat dan paruh yang hitam. Selalunya burung Tanau ini suka terbang berpasangan terutamanya didahan pokok petai dan pokok kelapa sawit. Berikut adalah gambar Burung Tanau Jantan dan Betina:

Perbezaan Jantina bagi Burung Bayan




Pada lazimnya Burung Bayan jantan berparuh merah dan burung Bayan betina pula berparuh hitam. Selalunya burung Bayan ini terbang berpasangan dan tempat-tempat yang di sukai oleh burung-burung bayan ini adalah di Ladang Kelapa Sawit yang sedang berbuah. Untuk pengetahuan saudara buah kelapa sawit ataupun buah kelapa barli ini bertindak sebagai salah satu vitamin kepada burung-burung Bayan ini dimana ianya akan mengilatkan lagi warna pada bulu burung-burung Bayan tersebut. Berikut adalah Gambar Bayan Jantan dan Bayan Betina:

Sunday, June 21, 2009

Bayan diatas sangkar layang "L"


Lazimnya Burung Bayan ini dibela dengan menggunakan sangkar layang yang berbentuk "L". Di perkampungan orang-orang asli di Malaysia kini. Burung Bayan ini , sering di bela dan di jual oleh orang-orang Asli terutama kaum Temuan di Muadzzam Shah, Pahang dimana, alasan mereka adalah untuk membeli susu anak. Berikut adalah gambar burung Bayan ketika berada diatas sangkar layang "L".

Saturday, June 20, 2009

" Shah Burung" Raja Burung Serindit Kuala Kangsar

Gambar Burung Serindit yang baru sahaja di tangkap oleh Shah Burung di Bota Kanan Perak.
Jebak Burung Serindit yang digunakan oleh Shah burung untuk menangkap Burung Serindit.





Ketika ini saya tengah menemubual saudara Shah Burung mengenai Burung Serindit.





Pada bulan May 2008 saya dan sahabat-sahabat saya telah pergi ke Bandar Kuala Kangsar, untu membuat penyelidikkan kawasan-kawasan yang sesuai untuk dijadikan destinasi Pelancongan. Ketika disana saya telah bertemu dengan Shah Burung yang juga dikenali sebagai Raja burung Serindit Kuala Kangsar. Berikut adalah gambar-gambar ketika saya menemubual beliau.

Friday, June 19, 2009

Gambar Temubual saya dengan Tok Batin Hulu Selangor dan Burung - Burung Serindit



Pada masa ini saya sedang menemubual Tok Batin Kuala Selangor En Ipin. Beliau mempunyai dua ekor burung serindit yang digunakan sebagai pemikat. Beliau berkata bahawa burung serindit ini juga adalah sebagai tangkal kepada orang-orang asli di Kuala Kubu kerana melalui fahaman orang asli disini burung serindit ini boleh mengelakkan daripada malapetaka ataupun kuasa sihir jika ada di kawasan-kawasan perkampungan orang asli di sini.

Jebak Burung Serindit




Pada 28hb May 2009 yang lepas saya dan sahabat-sahabat saya pergi ke Bandar Muadzam Shah. Ketika berada di situ saya telah berjumpa dengan orang asli yang berketurunan puak Temuan. Di sana saya dapati terdapat banyak burung-burung Serindit, Bayan dan Tanau di jual. Walau bagaimanapun mereka menjualnya tanpa lesen. Mereka menjual burung - burung ini dengan harga yang agak berpatutan. Setelah lama saya berada disitu saya bertanya sesuatu kepada Tok Batin, bagaimanakah cara-cara untuk memikat burung serindit. Tok Batin lalu menunjukkan kepada saya dua daripada jebak burung serindit yang digunakan oleh anak-anak buahnya. Berikut adalah gambar jebakburung serindit tersebut:

Galeri Gambar-Gambar Burung Serindit Dunia





























Thursday, June 18, 2009

Burung Bayan







Burung Bayan



Burung Bayan ( Blue-naped Parrot) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Tanygnathus lucionensis.
Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya "mega diversity" dari segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies mamalia, lebih 1,500 vertebrata darat, lebih 150,000 spesies invertebrata, lebih 1000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih 4,000 spesies ikan laut.



Taburan



Burung Bayan boleh didapati di Semenanjung Malaysia.



Ciri-ciri



Burung Bayan adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrata), kelas Burung. Dalam aturan : , tergolong dalam keluarga : Burung Bayan adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung mempunyai paruh tanpa gigi.
Jantung Burung Bayan terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atria, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikle.



Pembiakan



Sebagai burung, Burung Bayan membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.



Pengekalan



Burung Bayan merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya

Burung Bayan Puling (Tanau)



Burung Bayan Tanau (Blue-rumped Parrot) adalah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya ialah Psittinus Cyanurus.

Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya "mega diversity" daripada segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies mamalia, lebih 1,500 vertebrata darat, lebih 150,000 spesies invertebrata, lebih 1000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih 4,000 spesies ikan laut.

Taburan

Burung Bayan Tanau boleh didapati di Semenanjung Malaysia.

Ciri-Ciri

Burung Bayan Tanau ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrata), kelas Burung. Dalam aturan : tergolong dalam keluarga : Psittacidae. Burung Bayan Tanau ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung mempunyai paruh tanpa gigi.Jantung Burung Bayan Tanau terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atria, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Pembiakan

Sebagai burung, Burung Bayan Tanau membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.

Pengekalan

Burung Bayan Tanau merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen pemburuan.

Burung Serindit Jantan Merah Dada



Burung Serindit "Blue-crowned Hanging-Parrot" juga dikenali sebagai Burung Bayan Kecil merupakan salah satu daripada haiwan terlindung yang terdapat di Malaysia. Pemburuannya memerlukan lesen pemburuan. Nama sainsnya Loriculus Galgulus.


Burung Serindit ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah, dan paruh tanpa gigi. Burung Serindit adalah sejenis burung yang terdapat di dalam genus burung serindit Loriculus. Burung ini berukuran kecil, dengan panjang mencapai 12cm. Sebahagian besar bulunya berwarna hijau dengan bulu ekor berwarna merah.Burung Serindik jantan dan betina mempunyai warna yang serupa. Burung Serindit jantan memiliki bercak kepala berwarna biru dan bercak tenggorokan berwarna merah. Burung Betina berwarna lebih kusam dibanding jantan.Jantung burung ini terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.


Populasi Serindit tersebar di hutan dataran rendah, dari permukaan laut sampai ketinggian 1,300m di negara Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand.Burung Serindit hidup berkelompok. Burung ini memiliki kebiasaan aktif memanjat dan berjalan daripada terbang. Ketika beristirahat, burung serindit menggantungkan badan ke bawah. Makanannya terdiri daripada sayuran hijau, buah-buahan, padi-padian dan aneka serangga kecil.


Sebagai burung, Serindit membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.Burung Serindik betina biasanya bertelur antara tiga hingga empat butir telur, dan mengeram selama 18 hingga 20 hari.

Wednesday, June 17, 2009

Bayan Puling Serindit Tanau



Hi! kepada peminat-peminat burung eksotik Malaysia silalah layari ke blog saya di sini peminat-peminat burung di Malaysia akan mendapat penuh pengetahuan tentang burung-burung eksotik yang hampir pupus di Malaysia kini.