Tuesday, July 21, 2009

Makanan Yang Disukai Burung Bayan, Tanau dan Serindit














































Kepada peminat-peminat burung-burung Bayan, Tanau dan Serindit, disini saya akan syorkan makanan-makanan yang berhasiat bagi burung-burung ini. Buah-buahan yang digemari oleh burung-burung ini terdiri daripada pisang, rambutan,belimbing besi,Jambu air yang berwarna merah bagi burung Serindit. Manakala bagi burung Bayan dan Tanau, mereka lebih suka makanan bijian seperti buah Kelapa Sawit, Buah Getah, Petai , Jering, Kuaci dan juga buah-buahan yang di sukai burung serindit. Kepada pembela burung-burung jenis ini, saya juga berharap agar anda memberi burung-burung ini setidak-tidaknya, sekali buah kelapa sawit. Tujuannya adalah untuk mengilatkan bulu-bulu burung tersebut. Berikut adalah gambar buah-buahan dan buah kelapa sawit untuk makanan burung-burung ini:

3 comments:

  1. Assalamualaikum w.b.t
    kebiasaan burung ni suka makan buah..
    saya ada pelihara sekor burung serindit dan makanan yg saya bagi adalah jagung kisar, beras, padi dan sawit...
    kebanyakkan budak2 kat sini bg makan sawit je hari2..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.

    Saya ada bela 5 ekor serindit, dan makanan yang amat disukai adalah buah epal hijau.....

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum, saya ada bela 3 pikat serindit merah sekor serindit bintang 2 ekor pikat puling jantan tua dan satu ekor balau muda betina ting2 2 ekor. Pikat merbah daun besar atau nama lain cucak ijou ada 2. pikat terkukur ada 3.. tapi burung2 paruh semua makan jagung kisar jer..

    ReplyDelete