Saturday, August 1, 2009

Keunikan Orang Asli memikat burung di Rompin




RAMAI pengunjung berminat meredah hutan di Rompin, Pahang untuk melihat kehidupan Orang Asli selain mempelajari cara mereka memikat burung. Di kawasan itu juga banyak burung yang ada nilai komersil seperti tiong emas, merbok, bayan, puling dan serindit.Ada juga yang datang ke kawasan penempatan Orang Asli untuk membeli burung dan hasil kraftangan penduduk tempatan.Selain itu, ada juga Orang Asli menjual kijang, pelanduk, anak beruk kepada pengunjung untuk dijadikan binatang peliharaan serta mendapatkan wang bagi menampung kehidupan harian mereka.Apa pun, tidak semua orang mahir menangkap burung, apa lagi spesies yang ada harga seperti tiong emas kerana burung hidupan bak jinak-jinak merpati.





Namun, masyarakat Orang Asli ada kemahiran tersendiri untuk mengepung dan menangkap burung tanpa perlu mencederakan haiwan itu. Ada juga pengunjung yang berminat memerhatikan mereka menangkap.Bagi sekumpulan penduduk Orang Asli di Kampung Simpai, Rompin, Pahang kehidupan di hutan memberikan pengalaman yang menyeronokkan di samping mengharapkan hutan sebagai sumber mendapatkan wang tambahan.Pekerjaan mengesan dan mencari burung di hutan, lazimnya bermula pada awal pagi ketika burung sedang rancak mencari makanan. Kumpulan pemuda termasuk kanak-kanak dari perkampungan itu terpaksa meredah hutan yang di sekeliling perkampungan mereka.Seorang daripada mereka, Mat Tin, 21, berkata ada sekurang-kurang empat hingga lapan pemuda dari kampung itu menumpukan pekerjaan mereka ke hutan bagi mendapatkan burung sebagai mata pencarian.Hasil pencarian itu mendatangkan pendapatan sampingan di antara RM20 dan RM100 sehari yang dijual tidak jauh dari lebuh raya Kuantan-Segamat. Kebanyakan pembeli dari Pahang, Johor dan Singapura.“Burung yang ditangkap akan dijual dengan harga RM5 hingga RM150 seekor, tetapi harga itu mengikut jenis burung yang ditangkap” kata Mat.Katanya, harga burung Tiong Emas juga berbeza-beza bergantung kepada saiz dan kecantikan badan termasuk warna burung itu. Harga bagi burung tiong emas boleh mencapai sehingga RM150 seekor kerana kesukaran menangkapnya malah burung jenis ini tidak akan diturunkan harga kerana tawaran harganya yang agak tinggi dan ramai pembelinya.Setiap Orang Asli termasuklah wanita, mempunyai kemahiran dan kepakaran tersendiri untuk memerangkap serta menangkap burung. Kaedah menangkap burung tidak akan mencederakan apa lagi membunuh haiwan itu.“Kecacatan yang dialami oleh burung mengakibatkan harganya rendah atau ditolak oleh pembeli burung” katanya. Justeru, mereka sentiasa berhati-hati ketika menangkapnya.Kebanyakan Orang Asli menggunakan kaedah yang lebih moden bagi memerangkap burung iaitu menggunakan getah yang diletakkan pada perangkap yang diletakkan di atas pokok atau pokok kelapa sawit yang menjadi tumpuan utama burung itu.Permintaan terhadap burung dalam bilangan yang banyak datangnya daripada penjual burung. Mereka datang dua atau tiga bulan sekali bagi mendapatkan pelbagai jenis burung yang ditempah untuk dicarikan burung itu, katanya.

24 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Hai, Saudara saya amat tertarik dengan iklan diatas,saya berminat untuk membeli burung bayan boleh tak saudara talipon saya di 0122252763 atau email ke gemilangtrade@gmail.com alamat dan no hp untuk di hubungi.saya amat menghargai kalau saudara sudi menghubungi saya.nama saya yoge. sekian terima kasih.tolong jawap atau call saya. TK

    ReplyDelete
  3. sy amir ingin membeli sepasang burung serindit,hubungi sy di 0196155923 or email wdl47@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. Salam,,,sy saiful ingin membeli seekor burung tiong emas,,,hubungi sy,,,0134311030

    ReplyDelete
  5. Saya shied.sy nk pelihara tiong emas.tlg hubungi sy jika mahu menjual tiong emas.kalo anak lg sy harapkan.0196445255.

    ReplyDelete
  6. saya radhi..saya ingin mencari anak suap tiung mas..tlg hubungi saya 013-9411725..

    ReplyDelete
  7. Assalamualikum Saya Mohd Nizar dari Singapura berminat untuk membeli burung tiong emas

    ReplyDelete
  8. Assalamualikum saya berminat hendak membeli burung tiong mas hubungi saya melalui email NizarKomari@gmail.com atau watsapp +65 81266401

    ReplyDelete
  9. Sy brminat untuk beli burung...blh hubungi sy 0172996494 firdaus...

    ReplyDelete
  10. Anak suap tiong mas 350 sekor,,nak pm 0129019570,,pahang

    ReplyDelete
  11. Sy berminat nk beli puling
    Wasap sy 0179825712

    ReplyDelete
  12. Sy nk beli puling,klu ade bayan lg baik

    ReplyDelete
  13. hai saya berminat nak membeli burung bayan sepasang..boleh call saya...jesan 018 3242376

    ReplyDelete
  14. Ya sy pun mau serindit jinak

    ReplyDelete
  15. saya giva..saya berminat na beli tiong mas.anak burung dapat lagi best..pls call 0197700557

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum...masih ade lagi jualan burung serindit dan puling call saye 0179854248 ayup

    ReplyDelete
  17. Saya cari tiyong mas, harap warge org asli call saya 0122990566

    ReplyDelete
  18. Helang anak pun saya cari 0122990566

    ReplyDelete
  19. Saya hendak mencari sepasang anak burung tiong emas masih makan suap dan burung bayam.jika ad cll no saya 0179408396.

    ReplyDelete
  20. Hi! Sy nk beli se-pasang br puling. jika ad hubungi saya melalui email ngkuangng@yahoo.com atau watsapp
    012-7189361

    ReplyDelete
  21. Ade jual tak ank suap burung tiong emas?

    ReplyDelete