Thursday, June 18, 2009

Burung Serindit Jantan Merah Dada



Burung Serindit "Blue-crowned Hanging-Parrot" juga dikenali sebagai Burung Bayan Kecil merupakan salah satu daripada haiwan terlindung yang terdapat di Malaysia. Pemburuannya memerlukan lesen pemburuan. Nama sainsnya Loriculus Galgulus.


Burung Serindit ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah, dan paruh tanpa gigi. Burung Serindit adalah sejenis burung yang terdapat di dalam genus burung serindit Loriculus. Burung ini berukuran kecil, dengan panjang mencapai 12cm. Sebahagian besar bulunya berwarna hijau dengan bulu ekor berwarna merah.Burung Serindik jantan dan betina mempunyai warna yang serupa. Burung Serindit jantan memiliki bercak kepala berwarna biru dan bercak tenggorokan berwarna merah. Burung Betina berwarna lebih kusam dibanding jantan.Jantung burung ini terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.


Populasi Serindit tersebar di hutan dataran rendah, dari permukaan laut sampai ketinggian 1,300m di negara Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand.Burung Serindit hidup berkelompok. Burung ini memiliki kebiasaan aktif memanjat dan berjalan daripada terbang. Ketika beristirahat, burung serindit menggantungkan badan ke bawah. Makanannya terdiri daripada sayuran hijau, buah-buahan, padi-padian dan aneka serangga kecil.


Sebagai burung, Serindit membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.Burung Serindik betina biasanya bertelur antara tiga hingga empat butir telur, dan mengeram selama 18 hingga 20 hari.

9 comments:

  1. Handal la u nie... How many bird species that you can recognice?

    ReplyDelete
  2. wah kursiah pun dh minat burung? kursiah pulak, brp jenis spesis yg u kenal n pernah belai? hahahaha

    ReplyDelete
  3. Buat masa ini saya cuma menumpukan kepada species-species burung kakak tua Malaysia sahaja iaitu Bayan, Tanau dan Serindit.

    ReplyDelete
  4. dimanakah kebiasaannya serindit membuat sarangnya utk bertelur?

    ReplyDelete
  5. Selalunya burung serindit akan bersarang di dalam lubang-lubang pokok di dahan pokok-pokok yang tinggi seperti Dahan Merbau, Meranti dan pokok-pokok balak yang lain.

    ReplyDelete
  6. salam Bayan Puling Serindit Tanau dan rakan sekalian! Mengikut pengalamanan saya bermain serindit selama 25 thn,bukan semua burung serindit boleh dijadikan pemikat yg baik. Banyak ciri - ciri fizikal yg perlu dinilai antaranya warna kaki,bentuk paruh,bentuk tompokan merah didada, bentuk kepala dan rentak permainan. Selain itu, jenis bunyi yg di keluarkan oleh pemikat adalah faktor utama dlm kejayaan memikat burung.

    ReplyDelete
  7. salam, apa mknan terbaik utk burung serindit ni, dan brpa lama jangka hayat burung ni utk di pelihara???

    ReplyDelete
  8. salam.. ade 1 soalan.. bolehkah serindit dan lovebird diletakkan sekali dlm cage yg same?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh, love bird garang, serindit pun sama

      Delete