Thursday, June 18, 2009

Burung Bayan Puling (Tanau)



Burung Bayan Tanau (Blue-rumped Parrot) adalah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya ialah Psittinus Cyanurus.

Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya "mega diversity" daripada segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies mamalia, lebih 1,500 vertebrata darat, lebih 150,000 spesies invertebrata, lebih 1000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih 4,000 spesies ikan laut.

Taburan

Burung Bayan Tanau boleh didapati di Semenanjung Malaysia.

Ciri-Ciri

Burung Bayan Tanau ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrata), kelas Burung. Dalam aturan : tergolong dalam keluarga : Psittacidae. Burung Bayan Tanau ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung mempunyai paruh tanpa gigi.Jantung Burung Bayan Tanau terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atria, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Pembiakan

Sebagai burung, Burung Bayan Tanau membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.

Pengekalan

Burung Bayan Tanau merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen pemburuan.

11 comments:

  1. cantik la spesis ni... kat mana bole dapat secara sah?

    ReplyDelete
  2. Buat masa ini burung Tanau dan Bayan tidak boleh dijual di mana-mana kedai burung sebab, Jabatan Perhilitan telah memberhentikan permit lesen tangkap untuk burung Bayan dan Tanau. Jadi jika En Musa hendak mendapatkannya, haruslah membeli kepada seseorang yang mempunyai lesen pembelaan burung tersebut. Tetapi harus diingat bahawa En Musa juga harus membuat surat sumpah pertukaran nama didalam lesen tersebut sebagai Tuan burung yang sah kepada Jabatan Perhilitan. Apabila semuanya selesai barulah En Musa boleh membelanya dengan sah. Buat masa ini pihak Jabatan Perhilitan tidak dapat mengeluarkan lesen tangkap Burung Bayan dan Tanau, ini kerana tahun lepas gejalala bird flu yang menular di China dan Hong Kong telah membuatkan Pihak Perhilitan terpaksa menghentikan Lesen menangkap burung tersebut.

    ReplyDelete
  3. askm..
    aku bru dpt sepsg brg bayan. brg nk arwah atok aku yg pnya..die da xde ak kne jge coz dlm fmly aku je yg btl2 mnt brg...mslh skg aku tkot nk bela nti x psl2 ak kne tgkp ngn phltan..arwah atok aku bela je xde lsen..so cmne nl dptkn lsen bela brg ni ek?? puas da ak srvey2 tp x thu cmne. tlg aku plz........

    ReplyDelete
  4. burung puling x yah lesennn
    kalo burung bayan baru kene lesen...

    ReplyDelete
  5. Salam rakan2 ! memikat tanau adalah salah satu game yg menyeronokan kalau nak di bandingkan dgn serindit. Susah juga nak cari tanau yg rajin berbunyi ni. Biasanya tanau yg ditangkap dgn menggunakan jaring atau getah terap jarang nak berbunyi tapi jika di tangkap dgn menggunakan jebak (dipikat)biasanya akan berbunyi. Kalau nak tahu sertailah rakan yg memikat tanau ni.

    ReplyDelete
  6. kalau bela burung serindit kne ade lesen ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang je mohon lesen, kalau tak ada lesen kena tangkap dengan perhilitan nanti kena denda lagi susah, kalau hati kering nak bela tanpa lesen pun ikut suka lah

      Delete
  7. Kita pon nak tanya benda yg sama, bela burung serindit perlu ada lesen ke? Macam mana nak apply? Mohon pencerahan ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau serindit tangkap sendiri payah sikit kena mohon lesen menangkap dulu dari perhilitan, lepas dah ada burung baru perhilitan bagi lesen menyimpan.kalau beli dari kedai kena mintak resit rasmi kedai burung tu pergi perhilitan mohon lesen menyimpan.. Malas? Suruh tokey kedai uruskan.. Bayar lah

      Delete
  8. Kalau mohon lesen menyimpan burung Puling dahulu,tapi belum ada burung lagi tiada masalahkan?

    ReplyDelete
  9. Ada sesetengah burung puling ni paruh jadi panjang sampai mencucuk ke dada burung.Sebab apa ianya jadi macam tu???

    ReplyDelete